Please navigate with the tabs on the right.
AB - blog
CDEF - About me
FGH - tagboard
IJK - link & archives
LMN - credits
About Me
the name is Farizah F. just call me INTAN. just a simple girl who lyke daydreaming and express myself. anytime i felt miss THEM or angry or happy, i'll write on my blog. what else i could say about me? i just love so much LOUD MUSIC. i have FB & FS. I also love to go shopping and text messaging with my fellows. off the record, I REALLY LOVED THEM. I called them: mr cicak & mr lembu. and uh! I AM A HUGE FAN OF LADY GAGA & ZAHIRIL ADZIM!
Petang tadi aku, adik aku dan mama aku pi KK. Kami singgah di Wisma Merdeka dan Suria Sabah. Ramai pula orang turun KK hari ni. Aku diberi pembuka selera mata dengan dua orang lelaki yang sebaya aku keluar dari Center Point. Dengan baju selangor berseluar jeans. Warna baju dorang yang menarik perhatian aku - PINK. Warna pink yang terang digandingkan dengan topi bercorak petak - petak hitam pink. Lucu? Tak lah. Menarik. Dan sesuai dengan muka dorang yang chubby dan baby face tu. Dalam fikiran aku, mesti dorang lepas solat Jumaat. Aku tersenyum kecil dan menggeleng sendiri.
Kami kemudian berpusing - pusing mencari parking di Segama. Lepas dapat parking, kami jalan kaki ke Wisma Merdeka. Aku sempat uluk adik aku. Semasa mama aku memilih baju untuk adik aku, aku ternampak anjing besar tidur di depan sebuah kedai yang tutup. Kesian anjing tu.. Jadi penjaga untuk sambut Santa Claus. Besar dan comel lagi tu. Kalau bukan aku ingat anjing itu haram, dah lama aku peluk dan usap - usap anjing tu.
Semasa dalam perjalanan kaki ke Suria Sabah, aku terserempak dengan 3 orang budak lelaki yang mungkin sebaya dengan aku atau lebih muda dari aku. Ketiga - tiga mereka memakai baju petak dan tuck - in. Dua kali aku menoleh memandang mereka. Aku sempat sebut dengan perlahan, "Kili!" sambil menggeleng dan tersenyum sendiri. Tapi, comel juga orang macam tu.
Ramai orang cina datang ke Suria Sabah. Dengan langkah malas dan muka yang boring, aku temankan mama dan adik aku juga. Tak juga best. Mungkin ianya baru dibuka. Bau semen yang kuat menusuk hidung ku. Hummpph~! Aku terpana seketika melihat gelagat sebuah keluarga cina di hadapanku ketika menunggu mama dan adikku di Familia. Happy family. Gadis yang bekerja di kedai telefon itu juga terpana seketika memerhati gelagat mereka. Pandangan aku dicuri oleh sepasang suami isteri yang muda. Seorang bayi comel berada di dalam pangkuan si suami. Seorang kanak - kanak perempuan yang berumur lingkungan 4 - 6 tahun berada di sisi si isteri. Muda sungguh! Aku menggeleng lagi. Dunia..