Please navigate with the tabs on the right.
AB - blog
CDEF - About me
FGH - tagboard
IJK - link & archives
LMN - credits
About Me
the name is Farizah F. just call me INTAN. just a simple girl who lyke daydreaming and express myself. anytime i felt miss THEM or angry or happy, i'll write on my blog. what else i could say about me? i just love so much LOUD MUSIC. i have FB & FS. I also love to go shopping and text messaging with my fellows. off the record, I REALLY LOVED THEM. I called them: mr cicak & mr lembu. and uh! I AM A HUGE FAN OF LADY GAGA & ZAHIRIL ADZIM!
Aku tidak akan update blog buat sementara waktu. Dari 14 nov - 11 dec 2009 aku akan menduduki peperiksaan. So, aku tidak akan online selama lebih kurang sebulan.. Apa - apa pun, aku akan cuba online sehari pada hari raya Aidiladha.
Maaf ya.
xx farizah f. 12:50 PM
Sunday, November 8, 2009
the MANIAC cousins...
xx farizah f. 7:38 AM
insomniac
Aku kira tadi tidur jam 7 bangun jam 9. Nak buat kerja rumah PKu kononnya. Kononnya lah. Tapi, bila kakak aku dah bangunkan, malas pulak aku nak buat kerja rumah. Terus aku baling badan aku kat katil. Tapi, sama juga pia - nya. Tak juga aku dapat tidur. Dah 2 kali mp3 aku mainkan playlist yang sama. 3 kali dah aku mainkan lagu Owl City - Fireflies. Tak juga aku mengantuk. Entah tiba - tiba datang idea aku nak update blog pula. Walhal, aku baru jer update kemarin. Aku tengah ingin siapkan tugasan. Tugasan untuk dibentangkan jumaat nanti dah siap. Tinggal tugasan nak masukkan tugasan tersebut ke dalam blog aku pula. Terfikir juga aku untuk tukar nama blog aku ni. Ya lah. Macam tak sesuai lah pula tajuk ni dengan jantina aku. Pernah aku beritahu kawan aku pasal blog aku ni. Dia ingatkan abang aku punya blog.
Duii.. Ke - jantan - an sangatkah tajuk blog aku ni dan namanya? Tak tahulah aku...
Bila aku fikir balik, tinggal seminggu je lagi aku nak exam. Tinggal seminggu je lagi aku kena layan kawan - kawan aku and bebudak sekolah aku. Sempatkah aku untuk meluahkan apa yang aku pendam selama ni? Sempat ke aku nak tumbuk dia dan dia? Sempat ke aku nak buat benda yang teringin sangat aku nak buat kat sekolah tu? Aku cuma ada seminggu je lagi. Selama aku ada di sekolah tu, 2 benda je aku belum buat. Luahkan apa yang aku pendam dan tumbuk muka En Chechak dan En Ikan. Sempat ke, hah?
Semalam, aku pi rumah nenek aku. Adik saudara aku hari jadi. Family - family jer. Aku ingat dia jemput kengkawan atau geng budak sekolah dia. Sedap juga lah kek dia. Walaupun bukan dari Secret Recipe. Hee.. Mak cik aku sibuk tanya aku bila exam. Dah tu, dorang nak fly ke KL tyme aku exam. Huuhuuhuu. Entah mama ikut atau tidak. Pastuh, balik ke KK pula ngam - ngam aku dah habis paper. Aduiinaa... Melepas aku tahun ni nak ke KL. Tak apa lah. Tahun depan ada lagi.. Insya - Allah.
Aku dah fikir. Aku nak tukar nama blog ni. Nama jer lah. Bukan tajuknya. Eh, betul ke tu? Tak apa lah. Aku nak buat tugasan..
p/s: masih tertanya... pantaskah aku dicintai atau mencintai?
xx farizah f. 6:56 AM
Friday, November 6, 2009
Minggu baru... Pengalaman baru... Kenangan akan jadi lama...
Hello.
Jumpa lagi minggu ni. Entah kenapa macam rasa malas pulak aku nak update blog minggu ni. Tapi, memandangkan aku ada tugasan minggu ni, so kena update jugak. Apa tugasan tu? Nanti jerlah korang tengok. Aku mulakan minggu ni dengan minggu yang biasa. Awal aku datang hari Isnin tu. Ok lah juga. Tinggal seminggu je lagi aku SPM. Cheh! Cara aku menyatakannya macam dah prepared jer kan...? Hehehe..
Aku mulakan hari selasa aku dengan baik sekali. Selepas rehat, memang soi lah. Kamera aku hilang. Yang peliknya, banyak benda kami sekelas tinggalkan, yang kena curi kamera, rantai ngan rm10. Ish. Bangang punya pencuri! Itu jer dia mampu curi. Dah tu, IC orang dan duit yang lain tak pula dicurinya. Aku syak budak kelas lain. Tapi, kawan aku pula syak orang dalam.. Hurm.. Allahualam. Tapi, tugasan tetap diteruskan. Hari rabu pulak, aku ditugaskan cikgu untuk mengajar kelas aliran voka pelajaran ilmu matematik. Boleh tahan gak dorang ni. Aku ajar sekali, dorang dah faham. Dorang ni sebenarnya pandai. Cuma, malas jer. Itu je problem dorang. Kalau dorang rajin sikit, memang dorang akan lulus punya. Kawan aku yang ajar 4 orang budak lelaki pula, makan hati dengan mamat seekor ni. Aku yang mengajar kumpulan sebelah kawan aku pun, makan hati jugak ngan budak tu. Kawan aku dah baik hati nak mengajar, dia pulak tak nak. Bodoh sombong betul. Bukan apa. Kalau dah tak tahu tu, tanya lah. Ini bila ditanya, tak nak jawab pula. Apa - apa pun, memang aku respek dorang. Cepat betul belajar. Pastu, bersemangat lagi nak minta ajar biarpun program tu dah tamat. Bagus.. Bagus...
Apa - apa pun korang tunggu jerlah tugasan aku tuh yer.
p/s: tengah kecewa dan tekanan tak dapat pi malam aspura - aspuri. :'(