Please navigate with the tabs on the right.
AB - blog
CDEF - About me
FGH - tagboard
IJK - link & archives
LMN - credits
About Me
the name is Farizah F. just call me INTAN. just a simple girl who lyke daydreaming and express myself. anytime i felt miss THEM or angry or happy, i'll write on my blog. what else i could say about me? i just love so much LOUD MUSIC. i have FB & FS. I also love to go shopping and text messaging with my fellows. off the record, I REALLY LOVED THEM. I called them: mr cicak & mr lembu. and uh! I AM A HUGE FAN OF LADY GAGA & ZAHIRIL ADZIM!
"Tolong jangan bilang tidak bila aku tanya lagi di kemudian hari"
Belum sempat aku bilang apa - apa,
Dia sudah angkat kaki.
Dalam hati aku berkata,
"Sampai saat itu,aku akan sentiasa kata TIDAK".
xx farizah f. 8:18 PM
Friday, December 25, 2009
sandiwara dunia
Selamat Menyabut Hari Natal @ Merry Christmas.
Petang tadi aku, adik aku dan mama aku pi KK. Kami singgah di Wisma Merdeka dan Suria Sabah. Ramai pula orang turun KK hari ni. Aku diberi pembuka selera mata dengan dua orang lelaki yang sebaya aku keluar dari Center Point. Dengan baju selangor berseluar jeans. Warna baju dorang yang menarik perhatian aku - PINK. Warna pink yang terang digandingkan dengan topi bercorak petak - petak hitam pink. Lucu? Tak lah. Menarik. Dan sesuai dengan muka dorang yang chubby dan baby face tu. Dalam fikiran aku, mesti dorang lepas solat Jumaat. Aku tersenyum kecil dan menggeleng sendiri.
Kami kemudian berpusing - pusing mencari parking di Segama. Lepas dapat parking, kami jalan kaki ke Wisma Merdeka. Aku sempat uluk adik aku. Semasa mama aku memilih baju untuk adik aku, aku ternampak anjing besar tidur di depan sebuah kedai yang tutup. Kesian anjing tu.. Jadi penjaga untuk sambut Santa Claus. Besar dan comel lagi tu. Kalau bukan aku ingat anjing itu haram, dah lama aku peluk dan usap - usap anjing tu.
Semasa dalam perjalanan kaki ke Suria Sabah, aku terserempak dengan 3 orang budak lelaki yang mungkin sebaya dengan aku atau lebih muda dari aku. Ketiga - tiga mereka memakai baju petak dan tuck - in. Dua kali aku menoleh memandang mereka. Aku sempat sebut dengan perlahan, "Kili!" sambil menggeleng dan tersenyum sendiri. Tapi, comel juga orang macam tu.
Ramai orang cina datang ke Suria Sabah. Dengan langkah malas dan muka yang boring, aku temankan mama dan adik aku juga. Tak juga best. Mungkin ianya baru dibuka. Bau semen yang kuat menusuk hidung ku. Hummpph~! Aku terpana seketika melihat gelagat sebuah keluarga cina di hadapanku ketika menunggu mama dan adikku di Familia. Happy family. Gadis yang bekerja di kedai telefon itu juga terpana seketika memerhati gelagat mereka. Pandangan aku dicuri oleh sepasang suami isteri yang muda. Seorang bayi comel berada di dalam pangkuan si suami. Seorang kanak - kanak perempuan yang berumur lingkungan 4 - 6 tahun berada di sisi si isteri. Muda sungguh! Aku menggeleng lagi. Dunia..
xx farizah f. 4:42 AM
Tuesday, December 22, 2009
letupan hati
untuk Saat - saat Terindah, aku Takkan Pernah Menyerah walaupun kau katakan, "Alasanmu", tapi aku masih ingat kau kata, Seribu Tahun Takkan Mungkin menggantikan cintaku dan aku sebagai Ratu mu, dan Hanya Satu yang kau cintai; aku. kini, aku Merindukanmu dan aku Tak Bisa Hidup Tanpamu.
masih aku ingat, bila kali pertama kita berjumpa, terasa kita punya Kimia. bila kau bilang Putus, aku kecewa, aku merasakan bahawa Cinta Ini Membunuhku dan aku harapkan Biar Mati Cinta Ini. aku merasakan Hatiku Hampa.
kini, Suara hati telah menyedarkan aku. aku berada di dalam Dilema Cinta. Pujaan Hati ku kini kembali. Penantian Yang Tertunda sudah tamat. aku sudah tidak merasa Derita Merindu lagi. percayalah, Aku Masih Sayang padamu. Jangan Pernah Berubah rasa cintamu pada ku.
hint lagu:
Saat - saat Terindah & Takkan Pernah Menyerah : Rama Band
Merindukanmu , Tak Bisa Hidup Tanpa Mu & Cinta Ini Membunuhku : D'Masiv
Biar Mati Cinta Ini : Maximus
Kimia & Putus : Melda Ahmad
Dilema Cinta & Hatiku Hampa : Ungu
Suara : Hijau Daun
Penantian Yang Tertunda & Pujaan Hati : Kangen Band
Jangan Pernah Berubah & Aku Masih Sayang : ST 12
Derita Merindu : Ahli Fikir
Seribu Tahun Takkan Mungkin & Hanya Satu : BPR
Ratu : Data
Alasanmu : Exist
xx farizah f. 11:26 PM
Saturday, December 19, 2009
suruhan masa depan
Sekali lagi menjadi seperti yang orang tersayang inginkan. Mungkin sudah tiba masanya aku mengikut kata akal fikiran daripada kata hati. Ya. Mungkin sudah tiba masanya aku berpijak pada bumi yang nyata dan bukan hanya berpijak pada filem - filem barat yang bertemakan 'Menjadi apa yang kamu mahu'. Biarlah kali ini akal fikiranku tersenyum kemenangan dan hatiku tertunduk kekalahan. Biarkan mereka kali ini. Kali yang seterusnya mungkin aku akan peroleh hidup yang ceria dan bercahaya dan berseri - seri. Mungkin bahagia telah menanti aku di sana. Bagaikan segulung ijazah yang menanti aku untuk aku pegang. Mungkin...
Dan kemungkinan ini untuk dijadikan kenyataan, aku perlu berkorban. Ya. Tidak hidup namanya jika tidak ada pengorbanan. Pengorbanan yang berbaloi bagiku kelak. Mungkin.
Ayuh! Berkorban untuk yang tersayang dan masa depan yang cerah. Mari kita berkorban demi pengorbanan yang berbaloi.
xx farizah f. 6:01 PM
Tuesday, December 15, 2009
kerja yang tertangguh
Bunyi kipas berpusing, bunyi keletak - keletuk papan kekunci komputer ini mengisi ruang yang aku huni sekarang. Kucing gemuk aku datang dan menggesel - geselkan badannya pada kaki aku. Lepas ni, kucing ni akan dihantar ke tuannya kembali. Huh!
Selain dari bunyi televisyen yang ku dengar, aku juga dengar suara gema persoalan di dalam kepala otak aku. Suara gema persoalan itu berbunyi;
"Apakah mereka rasa dan fikir apa yang aku rasa dan fikir?" "Apakah mereka juga menunggu seperti aku yang menunggu?" Mahu saja aku tutup suis persoalan ini. Tapi, apakan daya. Ia tidak mempunyai suis.
Aku begitu rindu akan mereka. Ya, aku rindu mereka. Hari ini, mungkin aku berpeluang melihat si dia. Mungkin. Melihat sahaja. Bukan berjumpa. Aku belum bersedia. Aku masih fobia. Aduh! Menyesal aku menangguh pekerjaan yang sepatutnya aku laksanakan dahulu. Lihat sekarang?
Biarkanlah. Biarkan sahaja semua ini dahulu. Selepas aku selesaikan semuanya, akan aku selesaikan pekerjaan ini pula. Biarkan mereka dahulu. Mungkin itu yang terbaik. Biarkan dan berikan masa pada kami semua untuk berfikir. p/s: sudah terlalu lama mereka memberikan aku masa untuk berfikir. Mampukah mereka menunggu untuk selama 4 tahun lagi?
xx farizah f. 5:13 PM
Bunyi kipas berpusing dan kesejukan yang menggigit tulang mengisi ruang bilik yang aku huni sekarang. Brrr... Sejuk betul. Sampaikan aku lilit tubuhku dengan selimut Hello Kitty berwarna pink ku. Aku cuba memikirkan persoalan yang balik - balik mengetuk pintu tengkorak otakku.
"Adakah mereka fikir dan rasa apa yang aku fikir dan rasa?"
"Adakah berbaloi jika aku turutkan rasa hati dan matikan rasa akal?"
Mahu saja aku tutup suis persoalan itu dalam otakku. Tapi, apakan daya, ianya tidak mempunyai suis. Mahu saja aku turutkan rasa hati. Namun, kata orang, ikut rasa hati, binasa. Kalau ikut rasa akal, tamak padahnya. Lalu, apa yang harus aku turutkan?
Bertan - tan filem luar dan dalam negara aku tonton yang mempunyai tema yang sama. Temanya: semua kau lakukan untuk dirimu bukan untuk orang lain & kau adalah kau. Tapi, tidakkah itu menampakkan kita seorang yang selfish? Tidakkah itu menjadikan kita kurang berkeyakinan? Kebanyakannya menyampaikan pengajaran; jangan ikut atau dengar cakap orang. Betul kah? Bagaimana hendak perbaiki diri jika tidak menerima pendapat orang lain? Huh! Inilah sandiwara dunia.
p/s: masih tertanya keadaan aku dan mereka. Aku dan mereka bagaikan lagu Keri Hilson - Alienated
xx farizah f. 3:21 AM
Thursday, December 10, 2009
Tamatnya Dunia Pelajar
Yeah. Aku dah habis paper. So, lepas ni, tak ada lah lagi aku buka buku dari jam 7 pm - 9 pm, bangun pukul 2 am, korbankan masa online, masa tengok tv.. Sekarang aku dah bebas dari semua tu. Cuma, aku belum plan lagi arah tuju aku lepas ni. Hari tu aku ada plan nak kerja kat McD. Hari tu. Semalam, bapa aku tak bagi. So, aku kena pilih lah. Masuk Giatmara atau kerja kat kedai kakak aku. Kerja apa? Buat akaun. Hurmm...
Nak tahu apa jadi selama aku duduki SPM dan hari terakhir aku duduki SPM? Well, semuanya bagus - bagus belaka. Adalah juga masalah peribadi. Percaya atau tak, syok - syok jawab soalan, aku sempat makan gula - gula. Time aku buka pembalut gula - gula tu, bising btul. Sampai kawan - kawan aku toleh belakang tengok aku. Aku duduk kat belakang sekali. Dalam senarai, aku yang paling last. Bilik peperiksaan aku tu cukup - cukup untuk 20 orang. Yang aku tak suka time exam hari tu, time exam Sejarah Paper 2. Time tu aku tengah kusyuk menjawab esei. Jam menunjukkan baru pukul 3.35 petang. Dah aku dengar suara sumbang bebudak lelaki kat bangunan bawah ketawa - ketawa. Bengang betul aku masa tu. Macam nak sound jer bebudak tu. Mentang - mentang dah siap. Ugh!!
Aku juga tersepit. Entah nak pilih kejujuran dalam persahabatan atau menjaga hati kawan. Aku kesian ngan Best Friendku yg sorang tu. Disisihkan oleh kawan kami yang lain. Kawan kami tu pula, entahlah apa aku nak cakap pasal dorang ni. Nak kata matrealistik pun boleh gak. Memilih kawan berdasarkan status. Bukan hati yang dorang pilih. Kesian aku ngan kawan aku tu. Dia sedaya upaya jaga hati orang. Tapi, dorang tak pernah jaga hati dia. Haizz...
Last day exam. 10 December 2009. Paper Tasawwur 1 & 2.
Ok jugalah. Paper 2 aku, aku tak jawab ikut fakta. Sikit jer. Yang lain, aku jawab ikut logik akal. Paper 1 pula. Huhuhuu. Banyak yang aku cuai. Argh!! Tapi, apa boleh buat, Benda dah jadi. Last day lah aku pakai uniform sekolah. Last day tu, cuma 4 orang jer yg amik subjek tu dari kelas aku. Ok lah tu. Dari paper EST aku. Aku ngan kawanku, Auly je yg amik paper tu. Tapi, ok lah juga. Semua paper aku lalui dengan tenang. Kecuali Kimia dan Add Math. huhuhuhu
Aku terfikir. Apalah jadi kat aku ngan kawan - kawan aku lepas ni. Aku rancang nak sambung belajar kat KL. Kawan - kawan aku? Entahlah. Apalah akan jadi selepas 4 tahun akan datang? Kalau aku, time tu aku dah habis study Diploma. Aku balik KK. Then, tunggu peluang amik degree. Kawan - kawan aku macam mana yek? Ada yang dah kahwin ke? Yang aku tau, mungkin paling last kami jumpa masa amik result SPM tahun dpan. Hurmm...
p/s: masih belum berpeluang luahkan isi hatiku padanya.
xx farizah f. 10:54 PM
credits for the photographers
p/s: byak lagi pics tu. kalau mahu gmbar yg lain, sila contact saya d FB:cherry2_boom2@yahoo.com atau FS:ambuyat_smbalblachan@yahoo.com
xx farizah f. 6:13 PM
The Class of 2009 LiTechian
xx farizah f. 5:01 PM
at last..
Yahoo!
Im no longer student [for 6 months dow]!!!
skunk nak update blog.
first of all, nak masukkan picx dak spm 09 litechs.