Please navigate with the tabs on the right.
AB - blog
CDEF - About me
FGH - tagboard
IJK - link & archives
LMN - credits
About Me
the name is Farizah F. just call me INTAN. just a simple girl who lyke daydreaming and express myself. anytime i felt miss THEM or angry or happy, i'll write on my blog. what else i could say about me? i just love so much LOUD MUSIC. i have FB & FS. I also love to go shopping and text messaging with my fellows. off the record, I REALLY LOVED THEM. I called them: mr cicak & mr lembu. and uh! I AM A HUGE FAN OF LADY GAGA & ZAHIRIL ADZIM!
Minggu ni susah aku nak klasifikasikan minggu apa. Yang penting... Aku PENAT! Entah kenapa. Nak kata aku terlampau study, tak juga. Susah betul hidup aku dalam minggu ni. Aku makin keliru, makin celaru dan makin bingung dengan kejadian hidup aku sekarang ni. Aku sudah tidak bebas melakukan sesuatu sesuka hatiku. Apa sahaja yang ku katakan, yang aku lakukan, sudah pasti akan diperkatakan oleh orang ramai. Tidak kira mereka guru ku, rakan ku mahu pun musuhku. Tiap gerak geri aku kini bagaikan sebiji bom yang akan meletup bila - bila masa sahaja. Aku kini menjadi bahan tontonan dan pemerhatian orang lain. Silap langkah, silap kata, boom! Pasti aku kena. Entah apa sudah jadi dengan mereka semua. Aku juga kini merasakan bagaikan seorang Perdana Menteri. Apa sahaja yang aku lakukan sudah semestinya akan memberi kesan kepada 'rakyatku' baik tindakan yang bagus ataupun sebaliknya. Aku sudah penat,bosan,lelah dan benci dengan keadaan ini. Sedari aku turun dari kereta hingga aku meninggalkan kawasan sekolah, langkahku bagaikan langkah Puteri Diana. Bukan apa, rimas aku! Asyik - asyik nak aku perfect. No body's perfect!
Aku mulakan hari aku minggu ni dengan hari yang biasa. Awal aku datang. Aku juga telah membuat beberapa tindakan yang agak mengejutkan juga bagi diriku. Aku tidak pasti dari mana datangnya keberanian aku untuk berbuat demikian. Apa yang aku buat? Entry minggu depan baru aku masukkan. Aku disedarkan oleh guru yang ku sanjung dan hormati dengan frasa, "Everyday, you're getting older a day". Betul tu. We must live our life to the fullest.Time is unforgiving moments. Last sekali;hidup kita ni sama macam kisah Si Tenggang Homecoming. Kalau faham poet tu, maka fahamlah apa maksud aku.
Aku kini merasakan hidup aku bukan macam dulu. Terlalu banyak yang aku fikirkan sehingga timbul jerawat baru di dahi aku. Baru jer hari tu kawan aku puji muka aku dah bersih. Huh. Kemarin, aku stay sekejap kat asrama sekolah aku sampai jam 8 lebih. Ada Majlis Khatam dengan Solat Hajat. Jadi aku stay lah. Lagipun papa aku tak dapat ambik aku lepas sekolah. Dia ambik aku lepas solat hajat. Masa Majlis tu berlangsung, aku mula jatuh hati dengan khatam Al-Quran. Bukannya selama ni tak khatam. Tapi, masa aku khatam dulu, mama dengan papa aku tak buat majlis. Time tu, timbul satu perasaan aku. Kalaulah aku dapat ikut.. Tapi apakan daya? Tunggu masa kolej nanti jer lah. Itupun kalau ada majlis begitu. Kalau tak ada? Melepas lah. Aku juga semakin rapat dan sayang dengan ustazah aku. Hanya ustazah aku sorang tu lah penawar duka, dan tempat aku mengadu. Aku sayang ustazah aku. Dia faham jiwa remaja aku. Oh, Ustazah! Saya sayang ustazah! Hehehehe...
Lupa nak bagitau kenapa aku rasa tak bebas dan perilaku aku kini jadi pemerhatian. Nak tahu kenapa? Bila aku nak buat sesuatu, ada saja orang yang tak puas hati. Buat ini salah, buat itu salah. Sampaikan ada yang fitnah aku. Nauzubillah. Aku tak tipu. Kawan aku sendiri cakap. Yang fitnah aku tu pun kawan juga. Hurm.. Inilah hidup aku. Susah dah aku nak percaya siapa - siapa sekarang ni. Aku tak buat benda tu, dibilangnya aku buat. Aku tak cakap benda tu, dikatanya aku cakap. Bila aku nak buat itu, dia tak suka, buat lah pula gosipan. Adoyai! Complicated kan? Cuba korang 'pakai kasut aku'. Setiap perilaku kau, kau mesti buat untuk puaskan hati orang lain instead puaskan hati kau sendiri. Kekadang, mahu jer aku lempang dorang. Dahlah tak ada kaitan dengan aku. Nak suruh aku buat something hanya untuk senangkan hati dorang. Kalau mama papa atau cikgu aku tak apa juga. Ini? Haiiyaa.. Susah betul.. Bila aku tegur Si A, Si B pula panas. Bila aku tegur Si B, Si A pula mengugut nak hentam si B. Bila aku tak layan dua - dua, muncul pula Si C yang suka menarik perhatian. Aduh! Tak lama masuk bukit padang lah aku ni. Aku sedar, dalam aku melayan mangkuk tiga orang ni, ada yang tak puas hati. Entahlah. Aku dengar pun dari kawan aku. Bukan salah aku. Aku hanya melayan dorang seperti kawan. Kalau dorang anggap lebih, itu hak dorang. Aku tak boleh halang. Haloo! Ini Malaysia. Sistem pemerintahan di sini Demokratik! Bukan Republik!! Aku hanya ingin luahkan yang aku PENAT. Aku juga sudah BOSAN, LELAH, BENCI dengan keadaan hidupku yang makin complicated kini. Semoga aku menemui jalan penyelesaian ini. Aku kini bagaikan diluah mati emak, ditelan mati bapak. Aduh!
xx farizah f. 2:11 AM
Friday, October 23, 2009
ZA
Hai. Minggu ni aku mulakan hari Isnin dengan perasaan malu. Malu ditegur oleh cikgu dan malu apabila aku memasuki dewan ketika cikgu sedang berucap ucapan yang terakhir pada waktu itu. Aku juga terpaksa menahan rasa marah dan malu pada minggu ini. Apa kejadiannya? Biar aku sajalah yang tahu. Semalam sepatutnya aku dah masukkan entry. Tapi masa mencemburui aku.
Selama seminggu ni aku fikir - fikirkan tajuk entry kali ni. Tapi, tak ada idea pula. Tiba - tiba muncul idea aku bila aku menonton 'Seratus Hari Jadi' tadi. Lepas rindu aku nak tengok Zahiril Adzim berlakon. Baru aku perasan, ada dua orang pelakon lelaki dalam telemovie ni pelakon sama yang berlakon dalam 'Gadoh'. Cakap pasal 'Gadoh', aku suka filem tu. Kalau aku bagi tengok kat bebudak sekolah aku, gerenti dorang akan jadi budak baik punya. Ada unsur 1Malaysia gak filem tu. Ok. Berbalik pada 'Seratus Hari Jadi'.
Aku suka telemovie ni sebab ia menceritakan bagaimana seorang wanita yang berlagak 'diva', diberi peluang untuk membuat kebajikan kepada orang lain dan diberi peluang untuk menyedari dirinya ketika dia hari jadi. Kalaulah aku dapat ulangi 100 hari yang sama, pasti tidak akan aku lepaskan peluang tu. Especially kalau aku dapat hari ketika aku tengah SPM. whoaa... Tapi, angan - angan je lah.
Aku suka lah tengok Zahiril Adzim berlakon. Mukanya dah lah sweet, pandai pula tu berlakon. Tak kaku sangat. Masa dia berlakon kat drama 'Merah Puteh' tu, aku tak berapa tengok sangat dia tu. Sebab, aku tengok Wan Ellyas jer. Bila dia berlakon kat 'Seratus Hari Jadi' baru aku perasan kehadirannya. Tambah minat aku kat dia bila aku menonton 'Gadoh'. Best woo.. Sweet mukanya. Hehe.
Ada dua orang klon Zahiril Adzim di sekolah aku. Yang seorang tu, aku tak kenal sangat. Tapi, yang seorang lagi, bekas couple aku dulu. Itu pun aku perasan tyme tengok 'Seratus Hari Jadi' part dia main gitar tu. Sipi - sipi jugak lah mukanya sama dengan muka ex - couple aku dulu. Tapi, Zahiril Adzim still the best. Yang seorang tu, boleh - boleh lah. Zahiril Adzim lebih putih dari dia dan lebih hensem and sweet. Hahaha.
Aku bertambah minat kat Zahiril Adzim bila aku baca blognya. Ayat - ayat dan bait - bait katanya sungguh menusuk kalbu! Chewah! Tapi, seriuslah. Kerana blognya lah aku mula buat blog. Sebab, dia mendorong aku untuk memperkatakan pendapat aku kepada umum. Kan baik begitu. Mana tau, pendapat kita boleh diguna pakai untuk membantu bangsa negara.. Kan?
Aku juga tabik spring kat Zahiril Adzim sebab bahasa yang digunakannya dalam blog. Penuh ke - Melayu - an. Bila ada perkataan, bahasa Inggeris, dia akan gunakan italic atau bold. Bagus jugak dia tu. Dia memartabatkan lagi bahasa kita. Memartabatkan lagi bahasa ibunda kita. Tak salah kan? Ia menjadikan kita lebih bangga lagi.
Hurmm.. Aku pun tak tahu apa yang aku nak post kat sini sebenarnya. Tak apalah. Minggu ni idea aku tak berapa nak keluar. Sebab sibuk dengan Pengajian Keusahawanan dan Sejarah. Apa - apa pun, minggu depan mungkin aku akan masukkan entry yang baek punyaa..! Stay - stay bujang lah!
xx farizah f. 1:21 AM
Saturday, October 17, 2009
Teruna dan Dara
Lagu yg dilayan bila habis study..
xx farizah f. 10:20 PM
Sekolah Mengajar Kita Segalanya / School Teaches You Everything
Minggu ini aku rasakan bagai minggu yang soi bagi aku. Entah kenapa, minggu ni banyak kali malang menimpa aku. Mp3 aku tidak dikembalikan. 2 kali nyaris - nyaris badan aku jadi mangsa pisau tajam. Aduh! Dekat - dekat aku nak SPM ni lah dugaan dan cabaran datang silih berganti. Minggu ni sekolah aku bagi kami cuti peristiwa hari jumaat tu. Minggu ni juga kelas aku dah diberi keputusan excel lepas. Aduh! Aku belum bagitahu mama dan papa keputusan aku. Mati aku kalau aku beritahu. Aku gagal dalam subjek: Chemistry, Physics, Additional Mathemathics. Fuuyyyooo!
Strike subject pure science yang aku amik tuuu....! Kalau aku beritahu mama, sure mama akan kata: "Siapa suruh tak belajar? Bercinta, friendster, game, tidur, makan, jer kau tau..!" Huuh. Matii aku kena lecture.. Nak auta mama yang soalan tu susah? Agak - Agak lah. Mama aku belajar pure science time dia form 4.
Minggu ni aku begitu tertarik dengan kata - kata seorang guru Bahasa Inggeris aku. "In school, you learn everything". Dia juga ada sertakan contoh. Dia ceritakan tentang seorang pelajar yang auta dia. Ditanya kenapa lambat ke sekolah, boleh - boleh pelajar tu jawab, "Bus late bah, sir". Rasanya betullah apa yang sir aku cakap tu. Percaya atau tidak, sekolah mengajar kita segalanya. Aku ulang lagi, SEKOLAH MENGAJAR KITA SEGALANYA. Sekolah yea, bukan CIKGU. Cikgu cuma ajar kita ABC, 123, Alif Ba Ta. Mereka cuma ajar kita subjek yang kita perlu ajar. Kalau pasal yang lain, kita belajar dari sekolah.
Kita belajar mengumpat, mengejek, menghina, memaki, mencuri, melawan, bergaduh, menipu, berkawan, bercinta, dan macam - macam lagilah. Kenapa aku kata begitu? Ada tak ibu bapa atau cikgu yang akan ajar anak - anak atau anak muridnya semua tu? Tak ada kan.. Dari sekolah kita belajar ini semua. Apa tidak, kawan - kawan di sekeliling rata - ratanya ajak kita buat benda tu. Kita umpat kawan kita yang sorang tu. Kita ejek, hina, maki dia. Kita curi pemadam atau pen kawan. Kita melawan apabila dibuli. Kita bergaduh bila dicabar. Kita tipu cikgu dan kawan. Kita berkawan dengan semua. Kita start couple pun dari sekolah juga kan? Paling penting.. Kebanyakan kita merokok belajar dari mana? Dari kawan - kawan sekolah... Jangan nak auta lah. Aku pun budak sekolah juga. Ingat apa aku tegaskan awal - awal lagi. Benda ni kita belajar dari sekolah, BUKAN CIKGU AJAR!
Budak lelaki kalu korang tanya kenapa boleh dah pandai tengok si sang biru? Jawapannya, "kawan - kawan tengok, aku pun join arh.." See? Contoh pertama. Budak - budak merokok. Cuba korang tanya, kenapa kau merokok? Jawapan standard: "Kawan - kawan gua layan, takkan gua tak join. Tak cool lah gitu. No in style lah, bro..." Satu lagi.. Benda ni betul - betul terjadi dalam kehidupan seharian aku. Time tu aku kat kelas. Tengah rehat - rehat ngan member aku. Malas nak turun ke kantin. Ngam - ngam hari tu sorang classmate aku beli beg baru jenama Roxy. So, memandangkan kelas aku tuh rata - ratanya 'lelaki', ramai yang puji dia. Ada sorang minah ni berdiri belakang member aku tuh. Dia tanya berapa harga beg tuh. Dah terang - terang Roxy tuu, mesti arr atas 50. Bila dengar je macam tu, minah tu pun cakap. "Ihh. Lawa ooo. Nanti saya pun mau lah beli beg macam ni..". Member aku yang dengar minah tu cakap gitu, selamba je member aku cakap, "kalau dah tak berduit tu, buat la tak berduit. Jangan mau betrip jadi orang kaya...". Aku yang dengar pun dah terkedu. Apa lagi minah tu. Berubah terus mukanya. So, moral of this story, di sekolah juga kita mula belajar pakai barang yang branded. Tapi, ada juga yang belajar dari family kan.. Ahh.. Itu segelintir jer. Kita juga akan mula belajar memakai alat solek ketika sekolah. Tak percaya? Aku ada sorang member. Aku tengok dia pakai lip balm, pakai bedak, dan kekadang pakai maskara atau celak bila pi sekolah. Hari tu, aku tanya dia, "sejak bila kau pakai make - up ni?". Dia menjawab dengan sengihan, "Start aku school sini arh. Ramai aku tengok pakai begini, aku pun tak nak ketinggalan.." . Aku hanya membalas dengan senyuman dan gelengan kecil. Kan aku dah kata?
Ehh! Chopp! Sekolah pun ada ajar kita benda baik tau... Dia ajar kita berkasih - sayang, berkongsi, saling percaya, mempunyai matlamat, menghormati dan macam - macam lagi.Walaupun bercinta itu adalah tidak digalakkan, tapi, ia memberi kita pelajaran baru. Iaitu tanggungjawab dan kasih sayang. Kadang - kadang, ada antara kita kurang kasih sayang, so, inilah tempat dia mencari kasih sayang yang dia kurang itu.. Kan? Tak percaya? Aku pernah couple dengan orang yang macam ni. Dia pendiam, jarang ada kawan. Bila aku tanya pasal family, katanya, bapa dia polis. Mak dia, lupa pula aku kerja mak dia. Tapi, dia manja. Bila aku tanya pasal family, dia dengan jujurnya mengaku yang dia kekurangan kasih sayang. Sebab tu dia couple ngan aku. Nak tumpang kasih sayang. Tapi, apakan daya? Aku ni seperti ombak. Cepat berubah - ubah.
Pada pandangan aku sendiri, ya, sekolah mengajar aku segalanya. Sebab, dari sekolah aku belajar melalui kawan - kawan aku dan drama seharian yang disajikan selalu. Aku selalu tengok rancangan exercise, tekan tubi. Aku selalu tengok drama geng bas sekolah, drama budak yang nakal. Ehh.. Macam - macam lah.
Kesimpulannya, ia terpulang pada kita untuk mengambil pelajaran yang kita belajar di sekolah untuk diaplikasi di dalam hidup atau tidak. Nak ambil yang baik atau buruk, ia terpulang pada kita. Bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri!
Akhir kata, stay - stay bujang lah! ((:
p/s: aku masih tertanya - tanya.. Betulkah dia yang boleh buat aku schizophrenia tentang dia dan sanggup be-lusir bersama aku? (~_~")
Aku baru sahaja pulang dari rumah nenek aku. Aku juga sudah siap mandi dan sudah makan. No wonderlah aku makin babat dan gendut serta gemuk sekarang. Lebih kurang 8 kali aku makan hari ni. Kalau makanan yang berkhasiat, tak apalah juga. Ini, makanan ringan, berminyak dan berkolestrol tinggi. Adoyai! Makan jer banyak. Perut jer makin babat. Besarnya tidak. Berat badannya menaik tidak. Apa kenalah dengan aku ni. Well, hujung minggu kali ni memang tak best langsung. Tak der parents aku kat umah. Sunyi jer umah aku. Rindu pulak ngan nada tinggi mama aku awal - awal pagi. Lagi aku rindu suara merdu papa aku mendayu - dayu melagukan kalimah suci Allah awal pagi sambil bangunkan kami enam beradik untuk bangun solat subuh [memandangkan abg aku sorang kat KL,kami ber-lima je lah]. Aku juga rindu dengar ketang - ketung bunyi kuali dan periuk. Juga tidak lupa bau yang aku suka: bau masakan mama aku.Aku rindu lah dengan mama papa aku. Walaupun dah banyak kali kami ditinggalkan, entah kenapa kali ni aku rindu betul. Mungkin sebab aku yang selalu kena nada tinggi kot dalam tahun ni? Mungkin...
Aku tadi dengar bebelan mak cik aku tentang adik aku yang kena sekolah esok. Gila ke apa sekolah hari ahad? Tapi, ok lah tuh. At least dorang ada usaha untuk berjaya. Lainlah aku ni. Sekolah buat kelas tambahan hari sabtu pun liat nak datang. Pas tu, ada pula plan - plan nak ponteng sekolah sekali dalam seminggu. Dekat - dekat exam ni lah buat fi'il. Berbalik pasal adik aku. Kesian jugak aku dengan dia. Aku yang SPM ni pun tak adalah study hard macam dia. Dia ni macam nak ambil PhD lah pulak. Tujuh hari seminggu tuu ada kelas. Kesian.. Kesian.. Terpaksa dia batalkan plan dia nak enjoy dalam masa terdekat.
Aku timbang berat badan aku tadi. 38 kg. Dulu, beria - ia aku nak naikkan ke 40 kg. Bila, sampai matlamat aku, ia cuma bertahan sehari jer. Esoknya, turun balik 39 kg. Sekarang, 38 kg. Dah banyak aku makan. Dah tak ada exercise aku buat. Tapi itu - itu juga yang aku dapat. Adoy! Ada masalah kah aku ni? Takut pula aku. Sebab, kebelakangan ni aku banyak sakit - sakit dan luka - luka. Asal aku bergerak sikit je, mesti ada yang aku luka. Tangan aku dah calar balar dah ni.. Huhuhu. Aku tak nak lah ada apa - apa. Nak dekat exam dah ni.
Aku buka FS aku tadi. Aku cek kat 'Who's view me?'. Aku nampak ada si dia. Aku mengeluh. Entah kenapa. Susah aku nak bertegur jauh sekali senyum dengan dia. Aku rasa, aku tak boleh nak pulihkan balik. Aku bukan marah. Aku bukan sakit hati. Aku cuma tak dapat lupakan masa lalu dan aku terkilan. Sebab dia cakap dengan aku lain, bila terjadi peristiwa tu, lainlah pula dia cakap. Aku pun tak mengerti. Mungkin lebih baik aku tidak mencuba untuk memulihkan semua ini dan jadikan ia seperti sediakala. Mungkin ia lebih baik..
Aku masih belum dapat lupakan apa yang berlaku selama seminggu ni. Entah kenapa, sejak kebelakangan ni, aku asyik terserempak dengan si Chechak. Ya, aku pernah mengaku aku masih sayang dia. Tapi, entah kenapa, perasaan tu makin pudar dan hanya ada bila tiba masanya yang tertentu. Contohnya seperti setiap awal pagi ke sekolah. Aku memang selalu lalu area dia tunggu bas. Kekadang, kalau aku nampak dia ada, aku berpaling. Sombong konon. Tapi, bila kelibatnya tiada, mencari - cari pula aku. Hari tu, waktu aku masuk ke kelasnya untuk berjumpa cikgu, entah kenapa aku rasa lutut ku berketar. Walaupun pada ketika itu aku sudah melangkah keluar dari kelasnya. Dan, secara jujur aku katakan, aku masih berharap sedikit agar harapan yang ku nyatakan padanya dahulu menjadi nyata. Jahat juga aku ni. Hehe.
Jam di laptop dah menunjukkan angka 10.51 pm. Aku masih rasa sipi - sipi mengantuk. Agaknya, aku tak meng-hidup-kan garisan esok. Aku ingin siapkan kerja rumah yang menggunung. Aku sudah tidak punya masa untuk mengeluh.Apalagi untuk bersuka - ria dengan kawan - kawanku di CP atau OneB. Aduh! Besar sungguh dugaan ku kali ini. Aku sudah tekad. Aku ingin dapatkan biasiswa KLMU. Aku juga ingin dapatkan loan PTPTN atau MARA. Aku sudah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Kuala Lumpur. Ada sebab tertentu aku memilih Kuala Lumpur. Biar aku sahaja yang tahu. Bukan untuk aku menjadi gadis bandar. Tapi, adalah.. Salah - satunya, aku ingin tinggalkan Sabah dan Putatan ini yang penuh dengan memori serta kenangan silam yang pahit manis bagiku. Adalah lebih baik aku tinggalkan Sabah buat sementara. Bayangkan.. Aku melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma In Business Management di KLMU selama 4 tahun. Selepas 4 tahun, aku kembali ke Sabah. Dengan diploma, dengan pengetahuan ku. Kemudian, aku berjumpa dengan mereka - mereka. Ada yang sudah bekeluarga. Ada yang masih belajar. Ada yang sudah menjadi kerani atau akauntan. Aku melangkah kembali ke sekolah itu. Berjumpa dengan orang yang ku sanjung dan orang yang begitu berjasa bagiku. Aduh! Rasa teruja pulak.. Tidak dapatku bayangkan perasaan ku pada itu...
Esyeh - esyeh. Bermadah pulak aku. Hehehe. Apa - apa pun, mata aku dah mula mengantuk. Jadi, aku ingin beradu di peraduan ku. Selamat malam semuanya! Semuanya aman bha! Stay - stay bujang lah!
kembali lagi untuk minggu ini. minggu ni banyak perkara terjadi pada aku. ada yang baik dan ada juga yang kurang baik. aku mulakan hari Isnin aku minggu ini dengan perhimpunan mingguan biasa. Awal pulak aku datang. Selalunya, tyme nak nyanyi lagu Negaraku baru nampak batang hidung aku. Perhimpunan macam biasalah.. Laporan mingguan,kelas terbersih and etc. Satu jer yang aku terkilan.. Pengetua ingatkan tentang SPM. Alamak! Tak lama lagi SPM dow.. punya main banyak masa aku tinggalkan kat belakang. Sedap-sedap jer aku say bye-bye kat masa aku yang terbuang selama 10 bulan lalu. Sekarang?
Aku baru perasan. Kenapa segelintir orang suka tarik perhatian orang lain dengan cara yang tidak disenangi? Aku tau masing-masing punya pandangan sendiri. Tapi, agak - agaklah juga. Kan dah terang-terang orang tak suka dengan gaya kita tu, dah terang-terang orang tak suka dengan kita. Tak payahlah buat perangai tu lagi. Tak payahlah susah - susahkan diri untuk membuat sesuatu agar kita disenangi. Kita sudah mengambil keputusan untuk melakukan benda tersebut, siapkanlah. Jangan biarkan ia separuh jalan. Sama seperti kita mencari gaduh. Dah terlajak kita cakap nak gaduh lepas sekolah, hadirkanlah diri. Janganlah pula nak bersembunyi dan kecut-perut. Ini membuktikan yang kita pengecut dan temberang. Kata orang, cakap tak serupa bikin. Aku juga baru mempelajari fi'il manusia. Ada sesetengah orang, jenis yang prihatin dan berperikemanusiaan. Ada pula, yang suka menyakitkan hati orang dan tidak prihatin. Dalam dunia aku, aku ada jumpa dua orang manusia yang jenisnya begini. Yang seorang ni, tidak menghormati orang lain dan hanya penntingkan diri sendiri. Yang seorang ini pula, diminati dan disenangi semua orang dan bukanlah seorang yang memilih kawan. Dia juga tidak memandang darjat atau taraf hidup seseorang. Baginya, semua orang adalah sama. Yang seorang tu pula, kebanyakan orang tak suka dengan dia. Perangainya yang kurang ajar dan kadang - kadang tidak menghormati orang dan menyakitkan hati, membuat ramai orang tidak senang dengannya. Aku berkawan dengan mereka. Dan pada pemerhatian aku dan pengalaman aku dengan mereka, ya. Aku lebih suka berkawan dengan si dia yang tidak memilih kawan daripada si dia yang menyakitkan hati. Sebenarnya, si dia yang menyakitkan hati ni, tak sedar orang tak suka dia. Mungkin sudah jadi sifat azali manusia begini.
Aku sedar di luar sana ada yang menyukai aku dan ada juga yang membenci aku. Buktinya, ada seorang pelajar yang terang-terangan membandingkan dirinya dengan aku. Tapi, aku adalah aku.Aku lebih rela dipanggil seorang yang pelik dari seorang yang peniru! Aku baru menjenguk sebuah profile di FS ku. Orang lama yang ku kenal. Kawan? Entahlah. Aku tidak tahu mahu mengklasifikasikan dia kepada apa. Katanya padaku dulu, dia meminta maaf atas semua kesilapannya. Dia tidak mahu ada persengketaan lagi antara kami. Tapi, apa buktinya? Kini, di depan aku mereka mengumpat aku. Entah kenapa, aku teringat kembali memori dulu. Sungguh! Aku benci dengan ingatan ku pada memori ini. Aku juga masih tertanya. Apalah salah aku dan si dia sampai mereka sanggup memfitnah aku dan dia? Pernah seorang sahabat khabarkan aku sebabnya. "Dia dengki kau dengan si H. Dia dari dulu ada hati dengan si H. Bila dia dapat tahu kau dengan H, pastu kamu selalu sama-sama, apa lagi..". Huh. Tidak ku sangka. Tapi, apa juga boleh buat. Dari pengamatan aku pada si dia, dia pasti akan membuat hal sedemikan rupa pada orang yang merampas 'pujaan hatinya'. Baru - baru aku dengar dia selalu buat hal. Hurm..
Aku sebenarnya ada soalan. Lelaki suka ke dengan perempuan yang trip manja and gedik serta berpura-pura baik seperti malaikat? Saja jer tanya. Sebab, ramai pula perempuan yang aku tengok, berperangai begitu. Kadang - kadang aku ada juga ber - trip begitu, tapi, hancurlah pula.. Tak pandai aku.. Lebih baik berterus - terang dari kau menipu. Kan??
Minggu ni betul - betul minggu yang stress buat aku. Walaupun hampir semua kerja rumah aku sudah siap, tapi tekanan yang diberi pada aku daripada orang sekeliling begitu mendalam. Macam nak meletup kepala otak aku ni. Dah lah gred SPM ditukar. Dah tak ada lagi dah A1, A2.. yang digunakan sekarang.. A+, A-, A... Huh. Susahlah aku nak apply scolarship. Lagi tertekan bila masa depan aku ditentukan dalam masa sebulan sahaja lagi. Adoyai! Bersediakah aku? Aku juga tambah stress bila lelaki buat aku pening dan bingung. Tak fahamlah dengan fi'il dorang ni. Dah dia bilang 'Yang sudah tu, sudahlah' tapi, kenapa dia pula yang cuba menarik perhatian kita kembali? Aku mengaku, rasa sayang itu masih ada. Tapi, maaf. Rasa itu cuma sebesar secubit garam sahaja. Aku hanya akan membuat kau seperti angin apabila kita bertemu atau terserempak. Kerana, itulah aku. Aku tidak mahu ada harapan lagi pada kau. Maaf, perkataan 'hanya sebagai kawan' tidak pernah wujud dalam kamus hidupku setelah kau hancurkan hati aku.
Aku cuma mahu bilang, aku bukanlah seperti gadis lain. Yang kau boleh buat sesuka hati. Maaf! Apabila aku katakan sesuatu, aku betul-betul maksudkannya. Apabila aku menyapa, kau tidak respons, aku akan senyum. Itu hal yang biasa. Namun, pabila aku katakan padamu perasaan sebenar ku pada mu, dan kau tidak respons, maaf! Aku hanya akan senyum dan tidak akan menyapamu lagi. Pabila kau cuba menyapaku kembali, aku akan melayanimu bak angin lalu.
Sesiapa yang terasa dengan perangai aku, inilah aku. I do forgive, but I don't forget. Aku juga seorang yang menyimpan luka dan masalah. Aku maafkan kesalahan seseorang, tapi untuk membaik pulih kembali hubungan, maaf! Seperti kawan aku kata, siapa yang tidak mengenali aku, pasti akan sakit hati dengan kata-kataku. Aku lebih suka berterus-terang daripada membohongi orang lain. Inilah aku.
xx farizah f. 3:45 PM
Friday, October 2, 2009
selamat kembali ke sekolah
aku baru seminggu kembali ke sekolah. Ok jugalah. Minggu ni tanda kertas soalan jer pun. Baru habis Trial kan. Sedihnya, aku gagal 4 subjek. Chemistry, Physics, Additional Mathematics dan Sejarah. Well, tadi aku jumpa cikgu Sejarah aku otw aku nak ke kantin dgan kawan aku. Merayu minta tambah markah. Buat malu je. Depan budak aliran voka plak tuh. Tapi, cikgu tu baik dan cantik. Jadi, dia tambah lah markah aku supaya lulus. Hahaha.
Apa-apa pun, yang penting sekarang aku nak cakap pasal kepentingan Excel kami kali ni. Hari tu aku ada sesi bergosip ngan kawan-kawan kelas aku. Satu benda yang buat aku terfikir balik apa yang kawan aku cakap. Dia kata, "Apa lah gunanya kita buat Excel yang bocor sudah soalannya?". Ya tak ya juga. Exam trial untuk SPM sepatutnya confidential. Tapi, time exam hari tuh, mak aih. Satu blok bangunan tingkatan 5 kat sekolah aku tu dapat soalan bocor. Aku ada juga. Tapi, bukan soalan lah. Tajuk je. Hehehe. Nakal juga aku ni. Tapi, walaupun aku dapat tajuk bocor, aku tak tiru jawapan. Aku baca juga buku. Lainlah sesetengah orang tu. Siap bawa kertas jawapan lagi masuk dalam bilik peperiksaan.
Aku bengang dengan sesetengah pelajar yang tuduh kelas aku and satu lagi kelas yang kami ni dapat soalan bocor agama. Ish3. Ada ke patut? Kami dah jujur kata kat ustazah yang kami cuma dapat tajuk jer. Soalan tak der lah pulak. Itupun, separuh jer tajuk. Last minute lae kami dapat. Lain lah dengan budak tu. Siap salin jawapan kertas dua tu depan mata aku ngan kawan aku hari tu. At least kami ada usaha sendiri baca buku. Yang budak tuh, usaha copy+paste jer lah...
Kalau macam ni lah excel kan, baek tak payah aku datang skewl tyme exam tuh. Tapi, apa boleh buat? Manalah ada lagi keputusan exam aku yang lain nak cover excel tuh. Lagipun, dengan excel ni lah aku cari pintu untuk dapat scolarship.
Nak tahu tak? Aku ada sorang kawan yang otai escape sekolah. Bukan escape kelas. Kalau escape kelas, dah banyak kali aku buat. Hehe. Budak ni, dah hampir setengah tahun tak datang sekolah. Dalam sebulan, boleh dikira dengan jari tangan kanan berapa kali dia datang sekolah. Time exam hari tu, dialah pelajar 'paling cemerlang' dalam matapelajaran BI. Bukan nak mengaibkan atau menghina. Cuma nak bagi pelajaran kat lain. Ilmu tu penting. Relax arh. Tahun ni je kita last pakai baju sekolah ni. Tinggal berapa bulan jer lagi. Tapi, kawan aku ni tak ambik pot pun. Dah berapa kali dah kena basuh oleh cikgu-cikgu. Siap kena called lagi hari tu suruh pi sekolah. Tapi, kebal betul telinga dia tu.
Lagi aku belajar tyme buka sekolah ni, budak zaman sekarang dah tak peduli pasal study. Betul ke tak? Betul kan? Kat sekolah aku banyak contoh. Kalau turun dari kelas aku pi kelas vokasional, bila-bila masa jer, korang akan nampak bebudak aliran vokasional pasang aerial. Apa tu pasang aerial? Tidur. Bila rehat jer aku nampak muka dorang cergas. Semangat gila nak melahap. Bila menghadap buku, uih. Semangat betul memasang aerial. Nak jugak aku tanya, korang ni nak kahwin ke lepas SPM? Yer lah, selamba kodok jer tak tensyen pasal SPM. Aku ni pun harap perangai gila-gila tahap minima. Kalau tak, dah masuk bukit padang dah aku ni. Bila aku tanya kengkawan aku dah berapa subjek dorang lulus, selamba jer dorang cakap, "Kau ni macam tak tahu, hampir semua aku hangkang". Hurm. Kalau aku lah kan, malu akuu nak cakap macam tu. Sedangkan bila dorang tanya aku berapa gagal, nak jawab empat subjek pun aku rasa maluuu yang teramatsangat. Bukan nak riak atau bongkak. Tapi, fikir-fikirkanlah. Takkan nak relax and terima je yang kau gagal sedangkan SPM lagi sebulan lebih. Haloo, kawan! Lepas SPM, kau gagal, tak ke mana. Ada gak yang aku tengok bdak lelaki sempat lagi mengorat. Mak aih. Sempat lagi time kecemasan begini. Kekadang, aku tengok kebanyakan dorang ni dah jadi 'setengah' atau 'guni-guni'. Apa tu? Orang yang tak peduli hal sekeliling, buat sesuka hati dia jer. Nak tahu kenapa? Dorang dah tak kisah SPM yang bakal datang. Dorang dah tak peduli tindakan sekolah bila buat salah. Dorang dah tak peduli dorang gagal ke lulus. Paling penting, dorang tak pedulikan orang lain bila beli makanan kat kantin. [Aku dilanggar hari tu oleh pelajar lelaki time beli makanan kat kantin. Dah langgar aku, tak nak minta maaf pulak tu!]
Tinggal 45 hari lagi SPM. Kalau tolak cuti, ada dalam 29 hari gitu. Huhu. Takut pulak aku. Apa tidaknya. Mak aku dah siap ugut aku, "kalau tak lulus, mama kasi kahwin kau". Huhuh. Tak nak aku. Aku nak merasa gak jadi budak U atau Business Consultant yang single. Hehe. Apa-apa pun, aku harap hidup aku and keputusan aku akan baik. Hehe. Semoga hariku mendatang lebih mudah dan akan aku jauhkan segala kemungkaran,kejahatan,kesusahan. Amiin. Stay-stay bujang lah~!