Please navigate with the tabs on the right.
AB - blog
CDEF - About me
FGH - tagboard
IJK - link & archives
LMN - credits
About Me
the name is Farizah F. just call me INTAN. just a simple girl who lyke daydreaming and express myself. anytime i felt miss THEM or angry or happy, i'll write on my blog. what else i could say about me? i just love so much LOUD MUSIC. i have FB & FS. I also love to go shopping and text messaging with my fellows. off the record, I REALLY LOVED THEM. I called them: mr cicak & mr lembu. and uh! I AM A HUGE FAN OF LADY GAGA & ZAHIRIL ADZIM!
Bunyi kipas berpusing, bunyi keletak - keletuk papan kekunci komputer ini mengisi ruang yang aku huni sekarang. Kucing gemuk aku datang dan menggesel - geselkan badannya pada kaki aku. Lepas ni, kucing ni akan dihantar ke tuannya kembali. Huh!
Selain dari bunyi televisyen yang ku dengar, aku juga dengar suara gema persoalan di dalam kepala otak aku. Suara gema persoalan itu berbunyi;
"Apakah mereka rasa dan fikir apa yang aku rasa dan fikir?" "Apakah mereka juga menunggu seperti aku yang menunggu?" Mahu saja aku tutup suis persoalan ini. Tapi, apakan daya. Ia tidak mempunyai suis.
Aku begitu rindu akan mereka. Ya, aku rindu mereka. Hari ini, mungkin aku berpeluang melihat si dia. Mungkin. Melihat sahaja. Bukan berjumpa. Aku belum bersedia. Aku masih fobia. Aduh! Menyesal aku menangguh pekerjaan yang sepatutnya aku laksanakan dahulu. Lihat sekarang?
Biarkanlah. Biarkan sahaja semua ini dahulu. Selepas aku selesaikan semuanya, akan aku selesaikan pekerjaan ini pula. Biarkan mereka dahulu. Mungkin itu yang terbaik. Biarkan dan berikan masa pada kami semua untuk berfikir. p/s: sudah terlalu lama mereka memberikan aku masa untuk berfikir. Mampukah mereka menunggu untuk selama 4 tahun lagi?