Please navigate with the tabs on the right.
AB - blog
CDEF - About me
FGH - tagboard
IJK - link & archives
LMN - credits
About Me
the name is Farizah F. just call me INTAN. just a simple girl who lyke daydreaming and express myself. anytime i felt miss THEM or angry or happy, i'll write on my blog. what else i could say about me? i just love so much LOUD MUSIC. i have FB & FS. I also love to go shopping and text messaging with my fellows. off the record, I REALLY LOVED THEM. I called them: mr cicak & mr lembu. and uh! I AM A HUGE FAN OF LADY GAGA & ZAHIRIL ADZIM!
Hai. Minggu ni aku mulakan hari Isnin dengan perasaan malu. Malu ditegur oleh cikgu dan malu apabila aku memasuki dewan ketika cikgu sedang berucap ucapan yang terakhir pada waktu itu. Aku juga terpaksa menahan rasa marah dan malu pada minggu ini. Apa kejadiannya? Biar aku sajalah yang tahu. Semalam sepatutnya aku dah masukkan entry. Tapi masa mencemburui aku.
Selama seminggu ni aku fikir - fikirkan tajuk entry kali ni. Tapi, tak ada idea pula. Tiba - tiba muncul idea aku bila aku menonton 'Seratus Hari Jadi' tadi. Lepas rindu aku nak tengok Zahiril Adzim berlakon. Baru aku perasan, ada dua orang pelakon lelaki dalam telemovie ni pelakon sama yang berlakon dalam 'Gadoh'. Cakap pasal 'Gadoh', aku suka filem tu. Kalau aku bagi tengok kat bebudak sekolah aku, gerenti dorang akan jadi budak baik punya. Ada unsur 1Malaysia gak filem tu. Ok. Berbalik pada 'Seratus Hari Jadi'.
Aku suka telemovie ni sebab ia menceritakan bagaimana seorang wanita yang berlagak 'diva', diberi peluang untuk membuat kebajikan kepada orang lain dan diberi peluang untuk menyedari dirinya ketika dia hari jadi. Kalaulah aku dapat ulangi 100 hari yang sama, pasti tidak akan aku lepaskan peluang tu. Especially kalau aku dapat hari ketika aku tengah SPM. whoaa... Tapi, angan - angan je lah.
Aku suka lah tengok Zahiril Adzim berlakon. Mukanya dah lah sweet, pandai pula tu berlakon. Tak kaku sangat. Masa dia berlakon kat drama 'Merah Puteh' tu, aku tak berapa tengok sangat dia tu. Sebab, aku tengok Wan Ellyas jer. Bila dia berlakon kat 'Seratus Hari Jadi' baru aku perasan kehadirannya. Tambah minat aku kat dia bila aku menonton 'Gadoh'. Best woo.. Sweet mukanya. Hehe.
Ada dua orang klon Zahiril Adzim di sekolah aku. Yang seorang tu, aku tak kenal sangat. Tapi, yang seorang lagi, bekas couple aku dulu. Itu pun aku perasan tyme tengok 'Seratus Hari Jadi' part dia main gitar tu. Sipi - sipi jugak lah mukanya sama dengan muka ex - couple aku dulu. Tapi, Zahiril Adzim still the best. Yang seorang tu, boleh - boleh lah. Zahiril Adzim lebih putih dari dia dan lebih hensem and sweet. Hahaha.
Aku bertambah minat kat Zahiril Adzim bila aku baca blognya. Ayat - ayat dan bait - bait katanya sungguh menusuk kalbu! Chewah! Tapi, seriuslah. Kerana blognya lah aku mula buat blog. Sebab, dia mendorong aku untuk memperkatakan pendapat aku kepada umum. Kan baik begitu. Mana tau, pendapat kita boleh diguna pakai untuk membantu bangsa negara.. Kan?
Aku juga tabik spring kat Zahiril Adzim sebab bahasa yang digunakannya dalam blog. Penuh ke - Melayu - an. Bila ada perkataan, bahasa Inggeris, dia akan gunakan italic atau bold. Bagus jugak dia tu. Dia memartabatkan lagi bahasa kita. Memartabatkan lagi bahasa ibunda kita. Tak salah kan? Ia menjadikan kita lebih bangga lagi.
Hurmm.. Aku pun tak tahu apa yang aku nak post kat sini sebenarnya. Tak apalah. Minggu ni idea aku tak berapa nak keluar. Sebab sibuk dengan Pengajian Keusahawanan dan Sejarah. Apa - apa pun, minggu depan mungkin aku akan masukkan entry yang baek punyaa..! Stay - stay bujang lah!