Please navigate with the tabs on the right.
AB - blog
CDEF - About me
FGH - tagboard
IJK - link & archives
LMN - credits
About Me
the name is Farizah F. just call me INTAN. just a simple girl who lyke daydreaming and express myself. anytime i felt miss THEM or angry or happy, i'll write on my blog. what else i could say about me? i just love so much LOUD MUSIC. i have FB & FS. I also love to go shopping and text messaging with my fellows. off the record, I REALLY LOVED THEM. I called them: mr cicak & mr lembu. and uh! I AM A HUGE FAN OF LADY GAGA & ZAHIRIL ADZIM!
Sekolah Mengajar Kita Segalanya / School Teaches You Everything
Minggu ini aku rasakan bagai minggu yang soi bagi aku. Entah kenapa, minggu ni banyak kali malang menimpa aku. Mp3 aku tidak dikembalikan. 2 kali nyaris - nyaris badan aku jadi mangsa pisau tajam. Aduh! Dekat - dekat aku nak SPM ni lah dugaan dan cabaran datang silih berganti. Minggu ni sekolah aku bagi kami cuti peristiwa hari jumaat tu. Minggu ni juga kelas aku dah diberi keputusan excel lepas. Aduh! Aku belum bagitahu mama dan papa keputusan aku. Mati aku kalau aku beritahu. Aku gagal dalam subjek: Chemistry, Physics, Additional Mathemathics. Fuuyyyooo!
Strike subject pure science yang aku amik tuuu....! Kalau aku beritahu mama, sure mama akan kata: "Siapa suruh tak belajar? Bercinta, friendster, game, tidur, makan, jer kau tau..!" Huuh. Matii aku kena lecture.. Nak auta mama yang soalan tu susah? Agak - Agak lah. Mama aku belajar pure science time dia form 4.
Minggu ni aku begitu tertarik dengan kata - kata seorang guru Bahasa Inggeris aku. "In school, you learn everything". Dia juga ada sertakan contoh. Dia ceritakan tentang seorang pelajar yang auta dia. Ditanya kenapa lambat ke sekolah, boleh - boleh pelajar tu jawab, "Bus late bah, sir". Rasanya betullah apa yang sir aku cakap tu. Percaya atau tidak, sekolah mengajar kita segalanya. Aku ulang lagi, SEKOLAH MENGAJAR KITA SEGALANYA. Sekolah yea, bukan CIKGU. Cikgu cuma ajar kita ABC, 123, Alif Ba Ta. Mereka cuma ajar kita subjek yang kita perlu ajar. Kalau pasal yang lain, kita belajar dari sekolah.
Kita belajar mengumpat, mengejek, menghina, memaki, mencuri, melawan, bergaduh, menipu, berkawan, bercinta, dan macam - macam lagilah. Kenapa aku kata begitu? Ada tak ibu bapa atau cikgu yang akan ajar anak - anak atau anak muridnya semua tu? Tak ada kan.. Dari sekolah kita belajar ini semua. Apa tidak, kawan - kawan di sekeliling rata - ratanya ajak kita buat benda tu. Kita umpat kawan kita yang sorang tu. Kita ejek, hina, maki dia. Kita curi pemadam atau pen kawan. Kita melawan apabila dibuli. Kita bergaduh bila dicabar. Kita tipu cikgu dan kawan. Kita berkawan dengan semua. Kita start couple pun dari sekolah juga kan? Paling penting.. Kebanyakan kita merokok belajar dari mana? Dari kawan - kawan sekolah... Jangan nak auta lah. Aku pun budak sekolah juga. Ingat apa aku tegaskan awal - awal lagi. Benda ni kita belajar dari sekolah, BUKAN CIKGU AJAR!
Budak lelaki kalu korang tanya kenapa boleh dah pandai tengok si sang biru? Jawapannya, "kawan - kawan tengok, aku pun join arh.." See? Contoh pertama. Budak - budak merokok. Cuba korang tanya, kenapa kau merokok? Jawapan standard: "Kawan - kawan gua layan, takkan gua tak join. Tak cool lah gitu. No in style lah, bro..." Satu lagi.. Benda ni betul - betul terjadi dalam kehidupan seharian aku. Time tu aku kat kelas. Tengah rehat - rehat ngan member aku. Malas nak turun ke kantin. Ngam - ngam hari tu sorang classmate aku beli beg baru jenama Roxy. So, memandangkan kelas aku tuh rata - ratanya 'lelaki', ramai yang puji dia. Ada sorang minah ni berdiri belakang member aku tuh. Dia tanya berapa harga beg tuh. Dah terang - terang Roxy tuu, mesti arr atas 50. Bila dengar je macam tu, minah tu pun cakap. "Ihh. Lawa ooo. Nanti saya pun mau lah beli beg macam ni..". Member aku yang dengar minah tu cakap gitu, selamba je member aku cakap, "kalau dah tak berduit tu, buat la tak berduit. Jangan mau betrip jadi orang kaya...". Aku yang dengar pun dah terkedu. Apa lagi minah tu. Berubah terus mukanya. So, moral of this story, di sekolah juga kita mula belajar pakai barang yang branded. Tapi, ada juga yang belajar dari family kan.. Ahh.. Itu segelintir jer. Kita juga akan mula belajar memakai alat solek ketika sekolah. Tak percaya? Aku ada sorang member. Aku tengok dia pakai lip balm, pakai bedak, dan kekadang pakai maskara atau celak bila pi sekolah. Hari tu, aku tanya dia, "sejak bila kau pakai make - up ni?". Dia menjawab dengan sengihan, "Start aku school sini arh. Ramai aku tengok pakai begini, aku pun tak nak ketinggalan.." . Aku hanya membalas dengan senyuman dan gelengan kecil. Kan aku dah kata?
Ehh! Chopp! Sekolah pun ada ajar kita benda baik tau... Dia ajar kita berkasih - sayang, berkongsi, saling percaya, mempunyai matlamat, menghormati dan macam - macam lagi.Walaupun bercinta itu adalah tidak digalakkan, tapi, ia memberi kita pelajaran baru. Iaitu tanggungjawab dan kasih sayang. Kadang - kadang, ada antara kita kurang kasih sayang, so, inilah tempat dia mencari kasih sayang yang dia kurang itu.. Kan? Tak percaya? Aku pernah couple dengan orang yang macam ni. Dia pendiam, jarang ada kawan. Bila aku tanya pasal family, katanya, bapa dia polis. Mak dia, lupa pula aku kerja mak dia. Tapi, dia manja. Bila aku tanya pasal family, dia dengan jujurnya mengaku yang dia kekurangan kasih sayang. Sebab tu dia couple ngan aku. Nak tumpang kasih sayang. Tapi, apakan daya? Aku ni seperti ombak. Cepat berubah - ubah.
Pada pandangan aku sendiri, ya, sekolah mengajar aku segalanya. Sebab, dari sekolah aku belajar melalui kawan - kawan aku dan drama seharian yang disajikan selalu. Aku selalu tengok rancangan exercise, tekan tubi. Aku selalu tengok drama geng bas sekolah, drama budak yang nakal. Ehh.. Macam - macam lah.
Kesimpulannya, ia terpulang pada kita untuk mengambil pelajaran yang kita belajar di sekolah untuk diaplikasi di dalam hidup atau tidak. Nak ambil yang baik atau buruk, ia terpulang pada kita. Bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri!
Akhir kata, stay - stay bujang lah! ((:
p/s: aku masih tertanya - tanya.. Betulkah dia yang boleh buat aku schizophrenia tentang dia dan sanggup be-lusir bersama aku? (~_~")