Please navigate with the tabs on the right.
AB - blog
CDEF - About me
FGH - tagboard
IJK - link & archives
LMN - credits
About Me
the name is Farizah F. just call me INTAN. just a simple girl who lyke daydreaming and express myself. anytime i felt miss THEM or angry or happy, i'll write on my blog. what else i could say about me? i just love so much LOUD MUSIC. i have FB & FS. I also love to go shopping and text messaging with my fellows. off the record, I REALLY LOVED THEM. I called them: mr cicak & mr lembu. and uh! I AM A HUGE FAN OF LADY GAGA & ZAHIRIL ADZIM!
kembali lagi untuk minggu ini. minggu ni banyak perkara terjadi pada aku. ada yang baik dan ada juga yang kurang baik. aku mulakan hari Isnin aku minggu ini dengan perhimpunan mingguan biasa. Awal pulak aku datang. Selalunya, tyme nak nyanyi lagu Negaraku baru nampak batang hidung aku. Perhimpunan macam biasalah.. Laporan mingguan,kelas terbersih and etc. Satu jer yang aku terkilan.. Pengetua ingatkan tentang SPM. Alamak! Tak lama lagi SPM dow.. punya main banyak masa aku tinggalkan kat belakang. Sedap-sedap jer aku say bye-bye kat masa aku yang terbuang selama 10 bulan lalu. Sekarang?
Aku baru perasan. Kenapa segelintir orang suka tarik perhatian orang lain dengan cara yang tidak disenangi? Aku tau masing-masing punya pandangan sendiri. Tapi, agak - agaklah juga. Kan dah terang-terang orang tak suka dengan gaya kita tu, dah terang-terang orang tak suka dengan kita. Tak payahlah buat perangai tu lagi. Tak payahlah susah - susahkan diri untuk membuat sesuatu agar kita disenangi. Kita sudah mengambil keputusan untuk melakukan benda tersebut, siapkanlah. Jangan biarkan ia separuh jalan. Sama seperti kita mencari gaduh. Dah terlajak kita cakap nak gaduh lepas sekolah, hadirkanlah diri. Janganlah pula nak bersembunyi dan kecut-perut. Ini membuktikan yang kita pengecut dan temberang. Kata orang, cakap tak serupa bikin. Aku juga baru mempelajari fi'il manusia. Ada sesetengah orang, jenis yang prihatin dan berperikemanusiaan. Ada pula, yang suka menyakitkan hati orang dan tidak prihatin. Dalam dunia aku, aku ada jumpa dua orang manusia yang jenisnya begini. Yang seorang ni, tidak menghormati orang lain dan hanya penntingkan diri sendiri. Yang seorang ini pula, diminati dan disenangi semua orang dan bukanlah seorang yang memilih kawan. Dia juga tidak memandang darjat atau taraf hidup seseorang. Baginya, semua orang adalah sama. Yang seorang tu pula, kebanyakan orang tak suka dengan dia. Perangainya yang kurang ajar dan kadang - kadang tidak menghormati orang dan menyakitkan hati, membuat ramai orang tidak senang dengannya. Aku berkawan dengan mereka. Dan pada pemerhatian aku dan pengalaman aku dengan mereka, ya. Aku lebih suka berkawan dengan si dia yang tidak memilih kawan daripada si dia yang menyakitkan hati. Sebenarnya, si dia yang menyakitkan hati ni, tak sedar orang tak suka dia. Mungkin sudah jadi sifat azali manusia begini.
Aku sedar di luar sana ada yang menyukai aku dan ada juga yang membenci aku. Buktinya, ada seorang pelajar yang terang-terangan membandingkan dirinya dengan aku. Tapi, aku adalah aku.Aku lebih rela dipanggil seorang yang pelik dari seorang yang peniru! Aku baru menjenguk sebuah profile di FS ku. Orang lama yang ku kenal. Kawan? Entahlah. Aku tidak tahu mahu mengklasifikasikan dia kepada apa. Katanya padaku dulu, dia meminta maaf atas semua kesilapannya. Dia tidak mahu ada persengketaan lagi antara kami. Tapi, apa buktinya? Kini, di depan aku mereka mengumpat aku. Entah kenapa, aku teringat kembali memori dulu. Sungguh! Aku benci dengan ingatan ku pada memori ini. Aku juga masih tertanya. Apalah salah aku dan si dia sampai mereka sanggup memfitnah aku dan dia? Pernah seorang sahabat khabarkan aku sebabnya. "Dia dengki kau dengan si H. Dia dari dulu ada hati dengan si H. Bila dia dapat tahu kau dengan H, pastu kamu selalu sama-sama, apa lagi..". Huh. Tidak ku sangka. Tapi, apa juga boleh buat. Dari pengamatan aku pada si dia, dia pasti akan membuat hal sedemikan rupa pada orang yang merampas 'pujaan hatinya'. Baru - baru aku dengar dia selalu buat hal. Hurm..
Aku sebenarnya ada soalan. Lelaki suka ke dengan perempuan yang trip manja and gedik serta berpura-pura baik seperti malaikat? Saja jer tanya. Sebab, ramai pula perempuan yang aku tengok, berperangai begitu. Kadang - kadang aku ada juga ber - trip begitu, tapi, hancurlah pula.. Tak pandai aku.. Lebih baik berterus - terang dari kau menipu. Kan??
Minggu ni betul - betul minggu yang stress buat aku. Walaupun hampir semua kerja rumah aku sudah siap, tapi tekanan yang diberi pada aku daripada orang sekeliling begitu mendalam. Macam nak meletup kepala otak aku ni. Dah lah gred SPM ditukar. Dah tak ada lagi dah A1, A2.. yang digunakan sekarang.. A+, A-, A... Huh. Susahlah aku nak apply scolarship. Lagi tertekan bila masa depan aku ditentukan dalam masa sebulan sahaja lagi. Adoyai! Bersediakah aku? Aku juga tambah stress bila lelaki buat aku pening dan bingung. Tak fahamlah dengan fi'il dorang ni. Dah dia bilang 'Yang sudah tu, sudahlah' tapi, kenapa dia pula yang cuba menarik perhatian kita kembali? Aku mengaku, rasa sayang itu masih ada. Tapi, maaf. Rasa itu cuma sebesar secubit garam sahaja. Aku hanya akan membuat kau seperti angin apabila kita bertemu atau terserempak. Kerana, itulah aku. Aku tidak mahu ada harapan lagi pada kau. Maaf, perkataan 'hanya sebagai kawan' tidak pernah wujud dalam kamus hidupku setelah kau hancurkan hati aku.
Aku cuma mahu bilang, aku bukanlah seperti gadis lain. Yang kau boleh buat sesuka hati. Maaf! Apabila aku katakan sesuatu, aku betul-betul maksudkannya. Apabila aku menyapa, kau tidak respons, aku akan senyum. Itu hal yang biasa. Namun, pabila aku katakan padamu perasaan sebenar ku pada mu, dan kau tidak respons, maaf! Aku hanya akan senyum dan tidak akan menyapamu lagi. Pabila kau cuba menyapaku kembali, aku akan melayanimu bak angin lalu.
Sesiapa yang terasa dengan perangai aku, inilah aku. I do forgive, but I don't forget. Aku juga seorang yang menyimpan luka dan masalah. Aku maafkan kesalahan seseorang, tapi untuk membaik pulih kembali hubungan, maaf! Seperti kawan aku kata, siapa yang tidak mengenali aku, pasti akan sakit hati dengan kata-kataku. Aku lebih suka berterus-terang daripada membohongi orang lain. Inilah aku.