Please navigate with the tabs on the right.
AB - blog
CDEF - About me
FGH - tagboard
IJK - link & archives
LMN - credits
About Me
the name is Farizah F. just call me INTAN. just a simple girl who lyke daydreaming and express myself. anytime i felt miss THEM or angry or happy, i'll write on my blog. what else i could say about me? i just love so much LOUD MUSIC. i have FB & FS. I also love to go shopping and text messaging with my fellows. off the record, I REALLY LOVED THEM. I called them: mr cicak & mr lembu. and uh! I AM A HUGE FAN OF LADY GAGA & ZAHIRIL ADZIM!
Aku baru sahaja pulang dari rumah nenek aku. Aku juga sudah siap mandi dan sudah makan. No wonderlah aku makin babat dan gendut serta gemuk sekarang. Lebih kurang 8 kali aku makan hari ni. Kalau makanan yang berkhasiat, tak apalah juga. Ini, makanan ringan, berminyak dan berkolestrol tinggi. Adoyai! Makan jer banyak. Perut jer makin babat. Besarnya tidak. Berat badannya menaik tidak. Apa kenalah dengan aku ni. Well, hujung minggu kali ni memang tak best langsung. Tak der parents aku kat umah. Sunyi jer umah aku. Rindu pulak ngan nada tinggi mama aku awal - awal pagi. Lagi aku rindu suara merdu papa aku mendayu - dayu melagukan kalimah suci Allah awal pagi sambil bangunkan kami enam beradik untuk bangun solat subuh [memandangkan abg aku sorang kat KL,kami ber-lima je lah]. Aku juga rindu dengar ketang - ketung bunyi kuali dan periuk. Juga tidak lupa bau yang aku suka: bau masakan mama aku.Aku rindu lah dengan mama papa aku. Walaupun dah banyak kali kami ditinggalkan, entah kenapa kali ni aku rindu betul. Mungkin sebab aku yang selalu kena nada tinggi kot dalam tahun ni? Mungkin...
Aku tadi dengar bebelan mak cik aku tentang adik aku yang kena sekolah esok. Gila ke apa sekolah hari ahad? Tapi, ok lah tuh. At least dorang ada usaha untuk berjaya. Lainlah aku ni. Sekolah buat kelas tambahan hari sabtu pun liat nak datang. Pas tu, ada pula plan - plan nak ponteng sekolah sekali dalam seminggu. Dekat - dekat exam ni lah buat fi'il. Berbalik pasal adik aku. Kesian jugak aku dengan dia. Aku yang SPM ni pun tak adalah study hard macam dia. Dia ni macam nak ambil PhD lah pulak. Tujuh hari seminggu tuu ada kelas. Kesian.. Kesian.. Terpaksa dia batalkan plan dia nak enjoy dalam masa terdekat.
Aku timbang berat badan aku tadi. 38 kg. Dulu, beria - ia aku nak naikkan ke 40 kg. Bila, sampai matlamat aku, ia cuma bertahan sehari jer. Esoknya, turun balik 39 kg. Sekarang, 38 kg. Dah banyak aku makan. Dah tak ada exercise aku buat. Tapi itu - itu juga yang aku dapat. Adoy! Ada masalah kah aku ni? Takut pula aku. Sebab, kebelakangan ni aku banyak sakit - sakit dan luka - luka. Asal aku bergerak sikit je, mesti ada yang aku luka. Tangan aku dah calar balar dah ni.. Huhuhu. Aku tak nak lah ada apa - apa. Nak dekat exam dah ni.
Aku buka FS aku tadi. Aku cek kat 'Who's view me?'. Aku nampak ada si dia. Aku mengeluh. Entah kenapa. Susah aku nak bertegur jauh sekali senyum dengan dia. Aku rasa, aku tak boleh nak pulihkan balik. Aku bukan marah. Aku bukan sakit hati. Aku cuma tak dapat lupakan masa lalu dan aku terkilan. Sebab dia cakap dengan aku lain, bila terjadi peristiwa tu, lainlah pula dia cakap. Aku pun tak mengerti. Mungkin lebih baik aku tidak mencuba untuk memulihkan semua ini dan jadikan ia seperti sediakala. Mungkin ia lebih baik..
Aku masih belum dapat lupakan apa yang berlaku selama seminggu ni. Entah kenapa, sejak kebelakangan ni, aku asyik terserempak dengan si Chechak. Ya, aku pernah mengaku aku masih sayang dia. Tapi, entah kenapa, perasaan tu makin pudar dan hanya ada bila tiba masanya yang tertentu. Contohnya seperti setiap awal pagi ke sekolah. Aku memang selalu lalu area dia tunggu bas. Kekadang, kalau aku nampak dia ada, aku berpaling. Sombong konon. Tapi, bila kelibatnya tiada, mencari - cari pula aku. Hari tu, waktu aku masuk ke kelasnya untuk berjumpa cikgu, entah kenapa aku rasa lutut ku berketar. Walaupun pada ketika itu aku sudah melangkah keluar dari kelasnya. Dan, secara jujur aku katakan, aku masih berharap sedikit agar harapan yang ku nyatakan padanya dahulu menjadi nyata. Jahat juga aku ni. Hehe.
Jam di laptop dah menunjukkan angka 10.51 pm. Aku masih rasa sipi - sipi mengantuk. Agaknya, aku tak meng-hidup-kan garisan esok. Aku ingin siapkan kerja rumah yang menggunung. Aku sudah tidak punya masa untuk mengeluh.Apalagi untuk bersuka - ria dengan kawan - kawanku di CP atau OneB. Aduh! Besar sungguh dugaan ku kali ini. Aku sudah tekad. Aku ingin dapatkan biasiswa KLMU. Aku juga ingin dapatkan loan PTPTN atau MARA. Aku sudah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Kuala Lumpur. Ada sebab tertentu aku memilih Kuala Lumpur. Biar aku sahaja yang tahu. Bukan untuk aku menjadi gadis bandar. Tapi, adalah.. Salah - satunya, aku ingin tinggalkan Sabah dan Putatan ini yang penuh dengan memori serta kenangan silam yang pahit manis bagiku. Adalah lebih baik aku tinggalkan Sabah buat sementara. Bayangkan.. Aku melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma In Business Management di KLMU selama 4 tahun. Selepas 4 tahun, aku kembali ke Sabah. Dengan diploma, dengan pengetahuan ku. Kemudian, aku berjumpa dengan mereka - mereka. Ada yang sudah bekeluarga. Ada yang masih belajar. Ada yang sudah menjadi kerani atau akauntan. Aku melangkah kembali ke sekolah itu. Berjumpa dengan orang yang ku sanjung dan orang yang begitu berjasa bagiku. Aduh! Rasa teruja pulak.. Tidak dapatku bayangkan perasaan ku pada itu...
Esyeh - esyeh. Bermadah pulak aku. Hehehe. Apa - apa pun, mata aku dah mula mengantuk. Jadi, aku ingin beradu di peraduan ku. Selamat malam semuanya! Semuanya aman bha! Stay - stay bujang lah!