Please navigate with the tabs on the right.
AB - blog
CDEF - About me
FGH - tagboard
IJK - link & archives
LMN - credits
About Me
the name is Farizah F. just call me INTAN. just a simple girl who lyke daydreaming and express myself. anytime i felt miss THEM or angry or happy, i'll write on my blog. what else i could say about me? i just love so much LOUD MUSIC. i have FB & FS. I also love to go shopping and text messaging with my fellows. off the record, I REALLY LOVED THEM. I called them: mr cicak & mr lembu. and uh! I AM A HUGE FAN OF LADY GAGA & ZAHIRIL ADZIM!
Minggu ni susah aku nak klasifikasikan minggu apa. Yang penting... Aku PENAT! Entah kenapa. Nak kata aku terlampau study, tak juga. Susah betul hidup aku dalam minggu ni. Aku makin keliru, makin celaru dan makin bingung dengan kejadian hidup aku sekarang ni. Aku sudah tidak bebas melakukan sesuatu sesuka hatiku. Apa sahaja yang ku katakan, yang aku lakukan, sudah pasti akan diperkatakan oleh orang ramai. Tidak kira mereka guru ku, rakan ku mahu pun musuhku. Tiap gerak geri aku kini bagaikan sebiji bom yang akan meletup bila - bila masa sahaja. Aku kini menjadi bahan tontonan dan pemerhatian orang lain. Silap langkah, silap kata, boom! Pasti aku kena. Entah apa sudah jadi dengan mereka semua. Aku juga kini merasakan bagaikan seorang Perdana Menteri. Apa sahaja yang aku lakukan sudah semestinya akan memberi kesan kepada 'rakyatku' baik tindakan yang bagus ataupun sebaliknya. Aku sudah penat,bosan,lelah dan benci dengan keadaan ini. Sedari aku turun dari kereta hingga aku meninggalkan kawasan sekolah, langkahku bagaikan langkah Puteri Diana. Bukan apa, rimas aku! Asyik - asyik nak aku perfect. No body's perfect!
Aku mulakan hari aku minggu ni dengan hari yang biasa. Awal aku datang. Aku juga telah membuat beberapa tindakan yang agak mengejutkan juga bagi diriku. Aku tidak pasti dari mana datangnya keberanian aku untuk berbuat demikian. Apa yang aku buat? Entry minggu depan baru aku masukkan. Aku disedarkan oleh guru yang ku sanjung dan hormati dengan frasa, "Everyday, you're getting older a day". Betul tu. We must live our life to the fullest.Time is unforgiving moments. Last sekali;hidup kita ni sama macam kisah Si Tenggang Homecoming. Kalau faham poet tu, maka fahamlah apa maksud aku.
Aku kini merasakan hidup aku bukan macam dulu. Terlalu banyak yang aku fikirkan sehingga timbul jerawat baru di dahi aku. Baru jer hari tu kawan aku puji muka aku dah bersih. Huh. Kemarin, aku stay sekejap kat asrama sekolah aku sampai jam 8 lebih. Ada Majlis Khatam dengan Solat Hajat. Jadi aku stay lah. Lagipun papa aku tak dapat ambik aku lepas sekolah. Dia ambik aku lepas solat hajat. Masa Majlis tu berlangsung, aku mula jatuh hati dengan khatam Al-Quran. Bukannya selama ni tak khatam. Tapi, masa aku khatam dulu, mama dengan papa aku tak buat majlis. Time tu, timbul satu perasaan aku. Kalaulah aku dapat ikut.. Tapi apakan daya? Tunggu masa kolej nanti jer lah. Itupun kalau ada majlis begitu. Kalau tak ada? Melepas lah. Aku juga semakin rapat dan sayang dengan ustazah aku. Hanya ustazah aku sorang tu lah penawar duka, dan tempat aku mengadu. Aku sayang ustazah aku. Dia faham jiwa remaja aku. Oh, Ustazah! Saya sayang ustazah! Hehehehe...
Lupa nak bagitau kenapa aku rasa tak bebas dan perilaku aku kini jadi pemerhatian. Nak tahu kenapa? Bila aku nak buat sesuatu, ada saja orang yang tak puas hati. Buat ini salah, buat itu salah. Sampaikan ada yang fitnah aku. Nauzubillah. Aku tak tipu. Kawan aku sendiri cakap. Yang fitnah aku tu pun kawan juga. Hurm.. Inilah hidup aku. Susah dah aku nak percaya siapa - siapa sekarang ni. Aku tak buat benda tu, dibilangnya aku buat. Aku tak cakap benda tu, dikatanya aku cakap. Bila aku nak buat itu, dia tak suka, buat lah pula gosipan. Adoyai! Complicated kan? Cuba korang 'pakai kasut aku'. Setiap perilaku kau, kau mesti buat untuk puaskan hati orang lain instead puaskan hati kau sendiri. Kekadang, mahu jer aku lempang dorang. Dahlah tak ada kaitan dengan aku. Nak suruh aku buat something hanya untuk senangkan hati dorang. Kalau mama papa atau cikgu aku tak apa juga. Ini? Haiiyaa.. Susah betul.. Bila aku tegur Si A, Si B pula panas. Bila aku tegur Si B, Si A pula mengugut nak hentam si B. Bila aku tak layan dua - dua, muncul pula Si C yang suka menarik perhatian. Aduh! Tak lama masuk bukit padang lah aku ni. Aku sedar, dalam aku melayan mangkuk tiga orang ni, ada yang tak puas hati. Entahlah. Aku dengar pun dari kawan aku. Bukan salah aku. Aku hanya melayan dorang seperti kawan. Kalau dorang anggap lebih, itu hak dorang. Aku tak boleh halang. Haloo! Ini Malaysia. Sistem pemerintahan di sini Demokratik! Bukan Republik!! Aku hanya ingin luahkan yang aku PENAT. Aku juga sudah BOSAN, LELAH, BENCI dengan keadaan hidupku yang makin complicated kini. Semoga aku menemui jalan penyelesaian ini. Aku kini bagaikan diluah mati emak, ditelan mati bapak. Aduh!