Please navigate with the tabs on the right.
AB - blog
CDEF - About me
FGH - tagboard
IJK - link & archives
LMN - credits
About Me
the name is Farizah F. just call me INTAN. just a simple girl who lyke daydreaming and express myself. anytime i felt miss THEM or angry or happy, i'll write on my blog. what else i could say about me? i just love so much LOUD MUSIC. i have FB & FS. I also love to go shopping and text messaging with my fellows. off the record, I REALLY LOVED THEM. I called them: mr cicak & mr lembu. and uh! I AM A HUGE FAN OF LADY GAGA & ZAHIRIL ADZIM!
oke. think should b the last entry. lepas neh, nak delete blog neh coz i will be busy like a bee. hee. my result spm is GREAT!! i've got 5A's, 2B's & 5C's.. =)
thanks to ALL! ILY ALL! =)
xx farizah f. 3:35 AM
Sunday, February 14, 2010
Bila Di Sini - dedicated for US. :)
Di saat tiba di sini,
Ku hanya mampu perjuangkan mimpiku,
Berian darimu di tanganku,
Senyuman manis masih di ingatanku...
Kamulah perjuanganku,
Kamulah misi hidupku...
Teringat kembali waktu dulu,
Saat kebahagiaan ku hanyalah kamu,
Rasa rindu menusuk hatiku,
Namun ku tabahkan hati ini keranamu..
Kamulah perjuanganku,
Kamulah misi hidupku...
Begitulah hidupku di sini,
Mengingatmu, mengenangmu setiap saatku,
Takkan hilang siapa diriku,
Ku masih mencintaimu dengan sepenuh jiwa ragaku,
Nantikan ku bila ku kembali...
Dua musim telah berlalu,
Ingin melaluinya bersama kamu,
Walaupun banyak rintangan baru,
Ku bersyukur kerna aku ada kamu..
Ku masih ingat janji kita berdua,
Untuk kekal mencintai..
Walau ku jauh darimu,
Ku ingat dirimu selalu...
xx farizah f. 4:56 PM
Friday, January 15, 2010
maaf! aku x perlu kau lagi!
Pernah tak rasa diri korang dihargai? Dia beritahu semua rahsia dan perasaan pada kau. Kemudian, dia memberi sepenuh kepercayaan pada kau? Tapi, tak lama kemudian, dia mengutuk kau di belakang. Dia mengumpat kau di belakang. Tak ke sakit hati tu??!
Ikutkan hati nak je ringan kaki ni mengangkat depan mukanya. Nak je tumbuk2 mukanya. Tapi, disebabkan perkataan KAWAN, aku diamkan. Aku hanya mampu meluah pada blog, pada facebook. Siapa terasa tu, maaflah. Tapi, aku dah tak tahan. Dari dulu sampai sekarang, tetap jua dia begitu. Ingatkan dah berubah... Rupa - rupanya...!
Sakit betul hati aku! Aku paling tak suka orang buat aku begini. Aku tak suka orang hipokrit. Yang tahu berbaik-baik dengan aku tapi di belakang...?!!
Bagi aku, orang begini tidak sepatutnya jadi KAWAN. Jangan risau, aku tidak sejahat kau dengan menghebah-hebahkan orang lain aib kau. Aku masih berfikiran rasional dan waras. Perlakuan kau sekarang ni, tak ubah macam kanak - kanak. Maaf ya! Aku tidak lagi sesuai dengan permainan kanak - kanak! :)
xx farizah f. 11:45 PM
Friday, January 8, 2010
mulakan hidup baru!
Lama sudah aku tidak masukkan entry. Apa boleh buat. Sibuk. Baru ja habis minggu orientasi di Pusat Giatmara.
Minggu ni jugak minggu yang paling indah bagiku. Esheh! Biarlah hanya orang tertentu sahaja yang tahu. :)
Cuma apa yang boleh aku katakan di sini, untuk si dia; bagi jawapan kepada soalanmu: SELAMANYA AKAN KU KATAKAN TIDAK.
xx farizah f. 6:40 PM
Wednesday, December 30, 2009
jangan bilang tidak?
Aku pandang dia,
Dia pandang aku,
Dia tanya aku,
"Kau suka aku?"
Aku geleng,"Tidak"
Dia mengeluh,"Kenapa?"
Aku cuma pandang dia.
Dia pandang aku.
Lama.Sepi.
Dia tanya lagi.
Sekali lagi aku ucap benda sama.
Dia tanya lagi.
Aku ulang lagi.
Dia diam.
Dia mengeluh.
Aku diam.
Dia pandang aku.
Aku tunduk.
"3 kali aku tanya,3 kali kau bilang tidak"
Aku pandang dia.
Ada sesuatu di tubir matanya.
Aku telan liur.
Dia tanya kenapa?
Aku diam.
Dia mengeluh lagi.
"Tolong jangan bilang tidak bila aku tanya lagi di kemudian hari"
Belum sempat aku bilang apa - apa,
Dia sudah angkat kaki.
Dalam hati aku berkata,
"Sampai saat itu,aku akan sentiasa kata TIDAK".
xx farizah f. 8:18 PM
Friday, December 25, 2009
sandiwara dunia
Selamat Menyabut Hari Natal @ Merry Christmas.
Petang tadi aku, adik aku dan mama aku pi KK. Kami singgah di Wisma Merdeka dan Suria Sabah. Ramai pula orang turun KK hari ni. Aku diberi pembuka selera mata dengan dua orang lelaki yang sebaya aku keluar dari Center Point. Dengan baju selangor berseluar jeans. Warna baju dorang yang menarik perhatian aku - PINK. Warna pink yang terang digandingkan dengan topi bercorak petak - petak hitam pink. Lucu? Tak lah. Menarik. Dan sesuai dengan muka dorang yang chubby dan baby face tu. Dalam fikiran aku, mesti dorang lepas solat Jumaat. Aku tersenyum kecil dan menggeleng sendiri.
Kami kemudian berpusing - pusing mencari parking di Segama. Lepas dapat parking, kami jalan kaki ke Wisma Merdeka. Aku sempat uluk adik aku. Semasa mama aku memilih baju untuk adik aku, aku ternampak anjing besar tidur di depan sebuah kedai yang tutup. Kesian anjing tu.. Jadi penjaga untuk sambut Santa Claus. Besar dan comel lagi tu. Kalau bukan aku ingat anjing itu haram, dah lama aku peluk dan usap - usap anjing tu.
Semasa dalam perjalanan kaki ke Suria Sabah, aku terserempak dengan 3 orang budak lelaki yang mungkin sebaya dengan aku atau lebih muda dari aku. Ketiga - tiga mereka memakai baju petak dan tuck - in. Dua kali aku menoleh memandang mereka. Aku sempat sebut dengan perlahan, "Kili!" sambil menggeleng dan tersenyum sendiri. Tapi, comel juga orang macam tu.
Ramai orang cina datang ke Suria Sabah. Dengan langkah malas dan muka yang boring, aku temankan mama dan adik aku juga. Tak juga best. Mungkin ianya baru dibuka. Bau semen yang kuat menusuk hidung ku. Hummpph~! Aku terpana seketika melihat gelagat sebuah keluarga cina di hadapanku ketika menunggu mama dan adikku di Familia. Happy family. Gadis yang bekerja di kedai telefon itu juga terpana seketika memerhati gelagat mereka. Pandangan aku dicuri oleh sepasang suami isteri yang muda. Seorang bayi comel berada di dalam pangkuan si suami. Seorang kanak - kanak perempuan yang berumur lingkungan 4 - 6 tahun berada di sisi si isteri. Muda sungguh! Aku menggeleng lagi. Dunia..
xx farizah f. 4:42 AM
Tuesday, December 22, 2009
letupan hati
untuk Saat - saat Terindah, aku Takkan Pernah Menyerah walaupun kau katakan, "Alasanmu", tapi aku masih ingat kau kata, Seribu Tahun Takkan Mungkin menggantikan cintaku dan aku sebagai Ratu mu, dan Hanya Satu yang kau cintai; aku. kini, aku Merindukanmu dan aku Tak Bisa Hidup Tanpamu.
masih aku ingat, bila kali pertama kita berjumpa, terasa kita punya Kimia. bila kau bilang Putus, aku kecewa, aku merasakan bahawa Cinta Ini Membunuhku dan aku harapkan Biar Mati Cinta Ini. aku merasakan Hatiku Hampa.
kini, Suara hati telah menyedarkan aku. aku berada di dalam Dilema Cinta. Pujaan Hati ku kini kembali. Penantian Yang Tertunda sudah tamat. aku sudah tidak merasa Derita Merindu lagi. percayalah, Aku Masih Sayang padamu. Jangan Pernah Berubah rasa cintamu pada ku.
hint lagu:
Saat - saat Terindah & Takkan Pernah Menyerah : Rama Band
Merindukanmu , Tak Bisa Hidup Tanpa Mu & Cinta Ini Membunuhku : D'Masiv
Biar Mati Cinta Ini : Maximus
Kimia & Putus : Melda Ahmad
Dilema Cinta & Hatiku Hampa : Ungu
Suara : Hijau Daun
Penantian Yang Tertunda & Pujaan Hati : Kangen Band